Saturday, September 14, 2013

I'm Back..!! :)

Ikutkan hati mahu saja blog ini di biarkan begitu
Tetapi... Sayang...
Lantas jari jemari mula menari nari mengikut ritmanya
Persetankan segala yang berlaku terhadap blog ini
Teruskan meluahkan apa yang rasa dalam hati dan kotak fikiran
Mungkin akan memberi satu kepuasan dalam diri
Bukan untuk kau!
Tapi untuk siapa..??
Untuk aku.
Ya. Aku.

"Before you judge how I live my life, I suggest you take a good look at your own."



Saturday, December 15, 2012

caca marba..!!

Apa dah jadi dengan blog aku niee wehhhh...??? mana semua gambar- gambar yang aku post dekat entry2 lepas..??? nie kerja manusia yang pedajal blog aku ke sebab masalah lain nie..??! tension betul aku dibuatnya...!!! gggrrrrrr.... dah jadi hapee dah blog aku..semua gambar yang aku post xde! yang latest aku update nie je la baru yg ade..yang lepas2..hilangggg....!!! bukan main kalutt lagi aku tengok blog aku jadi macam nie.. -___-'

Friday, November 9, 2012

Alhamdulillah.. I have complete my Diploma in Information Management :))

Assalammualaikum... hai awak yang di sana dan di sini.. :)) rasanya macam dah lama je kan fini tak merapu meraban dalam blog nie.. bukan apa, bukan tak nak update..tapi kekangan masa yang membataskan penulisan kat sini..hahaha..kekangan masa kau! kau hado..?? hahhaa..ehh..bajet macam ada orang baca je blog kau nie kan.. :P hihihihih... xpela..hidup nie kena perasan lebih sikit kalau tak sampai bila pun tak maju kan! ooopss!! tapi jangan over oke! nanti orang orang menyampah pulak dengan kita..!! ehhh...dahhhhh...stop it! panjang sangat mukadimahnya kannn..

ok2 straight to the point lah..sebenarnya fini nak bagitahu yang pengajian Diploma fini dah habissss!! Alhamdulillah! Alhamdulillah... :) walaupun tak lah dapat dekan atau jauh sekali Anugerah Naib Canselor kan..tapi..Alhamdulillah sangat2 sebab segala hasil yang fini usahakan itu yang fini dapat..bak kata mak lebih usaha kita lebih la kita dapat dan bersyukur dengan apa yang kita dapat tu, sememangnya apa yang kita usahakan itulah hasil kita selama nie.. yaa! fini memang sangat2 bersyukur..sebab bukan apa, before and tengah final fini rasa down sangat sebab tengok carrymark certain subjek yang fini dapat macam suam2 kuku je kan.. tapi, syukur alhamdulillah..dengan berkat usaha gigih, support dari mak abah, adik beradik, kawan kawan n my love.. dan yg paling penting DOA yang tak pernah putus2 dari mak abah dan diri fini jugak..Alhamdulillah.. :D dan yang lebih lebih penting.... fini dengan kawan kawan fini yang lain especially my lessboooo si senget Azmah dapat grad on timeeeee....!!! weee... :) huh! tibe2 rindu pulak kat budak azmah nie :( hahaha..

hmm...sekarang plan fini..nk further study lagi..dan bercadang nak teruskan je kos fini yang sekarang nie..Insyaallah..dalam bulan 3 panggilan Degree pulak.. apa apa pun fini rinduuuuuu dekat kawan kawan dengan lectures kat UiTM Segamat..sebab kat situ fini belajar banyak sangat benda..apa erti kawan, apa erti berdikari,gelak tawa, air mata, suka duka..everything lahhh.. walaupun lepasni fini tak tahu lagi sama ada Degree dapat kat Segamat lagi ke tak.. harap apa yang fini impikan dan rancangkan akan berjalan dengan lancar..amiinn..sesungguhnya kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menetukan segalanya.. :)


: Gonna miss youuuuuuu UiTM Segamat! UiTM Di Hatiku

Wednesday, August 15, 2012

surat untuk bekas sahabat..

Dear N.A.M ..

hmm.. memang dulu kita pernah berkawan bersama, bergelak ketawa bersama, bergurau senda bersama, keluar bersama, makan bersama,kongsi masalah bersama..segalanya bersama..
boleh dikatakan macam adik beradik dah..di mana ada aku, di situ ada kau..dan di mana ada kau di situ jugak la ada aku.. tapi itu semua D U L U..!! bukan S E K A R A N G..!

yea..aku tahu dulu kita nak sangat masuk universiti sama sama..dan sekarang memang kita satu universiti..cuma berbeza, kau kos lain dan aku kos lain..kau duduk kolej lain, aku duduk kolej lain..
dan kita tak macam dulu dah.. ini semua dengan kesilapan masing masing dan pentingkan ego sendiri.. aku tak nak ingat apa yang kau cakap dekat aku semua.. aku cuba untuk lupakan semua tu..

aku tahu kau tahu blog aku dan aku harap sangat kau baca blog aku nie..memang khas untuk kau..
untuk memaafkan diri kau atas perbuatan, percakapan dan tingkah laku kau dekat aku dulu tu, insyaallah..aku boleh memaafkan.. siapalah aku untuk tidak menerima maaf dari seorang manusia macam kau, aku bukan tuhan untuk menghukum orang sesuka hati.. ikhlas aku cakap, aku boleh memaniskan muka aku nie bila jumpa dengan kau..tapi untuk kembali menjadi sahabat kau..aku mintak maaf..mintak maaf sangat sangat dari hujung rambut sampai hujung kaki..memang tak boleh! bukan niat untuk memutuskan tali persahabatan kita..tapi aku dah serik berkawan dengan kau.. 

aku tak pasti kalau aku kawan dengan kau semula hati aku akan ikhlas.. kalau hati aku tak ikhlas aku takut aku akan cakap belakang, erti kata lain mengutuk kau! cukuplah.. biar lah kau dengan hala tuju kau, aku dengan hala tuju aku.. anggap je kita tak pernah kenal.. untuk apa kita berkawan kalau dulu masing masing pernah terluka dengan kata kata yang dilemparkan? yea..memang memberi maaf itu senang bagi aku, tapi kau tahu luka tu takkan pernah sembuh! parut dia masih ada..dan setiap butir yang kau ucap dari mulut kau tu aku ingat! satu per satu..! mintak maaf sangat sangat...aku tolak permintaan kau untuk jadi kawan aku semula.. aku harap kau faham..

yang ikhlas,
finiey abas.. =)

:: Allah menguji keimanan kita kerana Dia lebih tahu tahap iman kita. krn Dia berhak tahu apa REAKSI kita dengan ujian-Nya itu. lulus atau tidak





Monday, July 30, 2012

jodoh itu rahsia ALLAH

Ya Allah..jika dia adalah jodoh ku yang telah tertulis di Luh Mahfudz... eratkanlah hubungan kami dan jangan pisahkan kami.. Jika dia bukan jodohku.. beri kami jalan terbaik agar tidak saling menyakiti serta redha dengan ketentuanmu.. AMIIN YA RABBAL ALAMIINN..