Saturday, July 9, 2011

tersentuh

Assalamualaikum...

hye.. lately nie aku asyik buat entry sedih2 je kan.. HAHA. aku pun xthu kenapa..!! tapi kali nie bukan sedih ape pun... penyakit sedih2 ak dah ok dah.. :) ( ade ke penyakit sedih?) ok.. mule2 aku rase bosan sangat duduk kat bilik nie.. samapai x tahu nak wat ape dah.. then, aku ambil la novel kawan aku yang telah dia pinjam dari kawan aku juga.. aku rasa macam agak dah lama x membaca novel sejak aku bersekolah g.. baru2 nie aku baru start berjinak2 bace balik sejak sayang aku beri pinjam novel dy kat ak iaitu JANJI JULIA penulis dia Maria Kajiwa.. novel 2 agak best jugak aku membacanya tapi bukan pasal cinta.. tapi macam kehidupan, suasan perang.. macam tu lah..ok2 straight to the point! melalut dah nie aku kan... sekarang nie aku tersentuh sebab selama satu hari setengah aku bace novel CINTA KAU DAN AKU yang di tulis Siti Rosmizah. cerita dy sangat2 menyentuh hati aku kot.. meleleh2 haaa air mte nie jatuh..!! adakah aku yang cepat tersentuh?? ohh tidakk!! sebab membe aku (sue) bace novel 2 x henti sampai x tido malam dan dia pun kate sedih! ye! memang sangat sedihh!! dan kalo bace banyak kali pun x jemu aku rasa.. nk tgk novel nye x?? ok nie..


ok.. nie sinopsis cerita dia..

Sinopsis...
"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

P/s: kalo nak tahu cerita yang lebih lanjut.. baca lah sendiri.. anda akan tahu apa yang menyentuh perasaan.. :)

No comments:

Post a Comment