Monday, April 9, 2012

END OF SEMESTER 4 ( ENTRY SENTAP! )

assalammualaikum.. holla! holla!! haa nampak tak nampak tak title entry kat atas nie?? nampak tak?? kalau tak nampak ambil spec cepat..!! hikk!! tiba tiba rasa excited pulak nk tulis pasal entry nie! sebab ape? sebab... memang nie lah saat2 yang fini tunggu kan!! lagi? sebab.. semester 4 yg penuh dengan pressure! ahh! tu lantak lah kan.. malas nak layan! yang penting.. dalam pressure2 pun ada sukanye, tak lah nak duka memanjang je kan.. ye tak?! jangan pasal orang lain punya angkara, kita rasa benci dengan semua kenangan kenangan tu oke! xmo! xmo! xmo! haihhh.. tiba tiba rasa dah start melalut dah ek! act, fini ingat mase sampai je rumah lepas habis paper last 26hb mac hari tu terus fini nak buat entry pasal nie.. tapi disebabkan badan nie penat, letih giler2 last2 terlajak pulak tak buat jugak, dan ingat nak buat mase hari rabu tu.. tapi...keadaan mood x stabil.. kalau tengah mood x stabil tiba tiba nak create entry memang tak lah kan! oke.. sebelum tu..fini rasa entry nie panjang sikit kot! siapa rasa tak nak baca or rasa sakit hati ke.. boleh la klik kat pangkah kat atas tu oke! sebab.. ade certain yg fini nak tulis nie jugak kadang2 ada orang sakit hati.. hikk!! sape makan sos cili..dia la yg rasa pedas nye!! :D


oke, kite teruskan apa yang perlu kita cerita ok! tak nak melalut lagi dah..!! hmm..korang tahu tak, bermulanya je semester 4 mase tu, fini dah tanam azam dah konon2 nak study betul2 nak naik kan pointer nie..at last, yang ado!! hmm..as usually, manusia kan selalu berubah ubah kan.. tapi.. dalam semester 4 nie jugak lah fini kenal siapa itu LAWAN dan siapa itu KAWAN dan SAHABAT..!! act, malas nak cerita pasal nie dekat dalam blog nie, buat kotor je blog fini nie kan.. tapi xpe.. fini just nak share dan nak buat korang buat pengajaran termasuk jugak dengan diri nie.. cuma ada beberapa perkara je yang perlu kita tahu dan menitik beratkan dalam memilih seseorang yang LAYAK dipanggil KAWAN atau SAHABAT! ehh cop! KAWAN dan SAHABAT bagi fini adalah sesuatu benda yang sangat berbeza.. sebab apa? sebab..kalau kawan tak kira lah siapa2 pun dia kita boleh berKAWAN..tetapi kalau SAHABAT tidak! sebab apa??.. sebab..dia akan selalu ada dengan kita walau dalam keadaan susah atau senang sekali pun! bila kita gembira dia pun turut ada dengan kita, bila kita sedih dia juga lah selalu ada dengan kita dan bila kita sakit dia juga lah yg ada dengan kita! yang penting SAHABAT tidak akan bermuka muka dengan kita..tetapi KAWAN..kita tidak akan hairan kalau dia bermuka muka dengan kita dan jangan terkejut sebab KAWAN boleh bertukar menjadi LAWAN serta MUSUH..! hmm oke.. sebenarnya kita tak perlu lah nak memilih kawan bila berkawan dengan orang kan,setiap manusia dilahirkan dalam dunia ni ada kebaikan dan kelemahan dan ade kekurangan dan kelebihan diorang masing masing..itu memang betul..sebab semua terletak pada individu itu sendiri, bukan disebabkan KAWAN kita punya perangai berubah jadi berbeza dari yang asal, cuma kita hendaklah berhati hati ketika memilih kawan..dalam dunia nie, kita semua rambut je sama hitam *kecuali org yg memang rmbut selain hitam :D tapi..hati kita nie yang membezakan diri kita dengan orang lain..


kadang kadang kita nampak orang tu oke2 je dengan kita.. konon macam satu kepala la kan! konon lah...huh! tp last2.. hmm.. fikir2 lah sendiri kan.. dan saja nak mengingatkan diri sendiri, LEBIH BAIK JADI LEMBU DENGAN ERTI KATA YANG LAIN SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG DARIPADA MENJADI ORANG YANG BODOH SOMBONG..!! kalau kita jadi lembu dicucuk hidung pun sekurang kurangya kita dapat mempelajari benda baru, ye memang lembu dicucuk hidung tu macam kita ikot je kemahuan orang tu, mana dia pergi kita pergi.. at least dalam kita ikot tu kita boleh tahu yang mana betul yang mana tidak! tapi.. kalau dah jadi BODOH SOMBONG..satu apa pun yang orang tu buat tak akan nampak nilai dekat mata dan hati seseorang itu! sebab kenapa?? yela kan..dah terang lagi bersuluh kan.. ada perkataan BODOH tu.. dah tahu diri tu macam tu tapi still xnak mengaku dan tak nak berubah, yang paling menjengkel kan boleh pulak tak mengaku kesalahan sendiri.. haiyyaa!! orang macam nie pun ada ke? ofcourse lah ada!! hmm.. kita hidup kat atas dunia nie kalau rasa nak meninggi diri tu tak payah la lupakan sahaja lah,sebab kita tak akan dapat apa pun kalau terus dengan sifat tu! lagi orang lain benci adalah!
dalam semester 4 nie pun fini jumpa jugak dengan orang yang suka maki maki nie.. haihh... bukan nak kata diri nie baik sangat, tapi agak agak la kalau setiap ada problem nak maki, hey hello..!! kau pernah terfikir tak kenapa TUHAN turunkan masalah dekat kau? bawak bawak lah muhasabah diri tu.. nie tidak.. setiap ade masalah maki sana maki sini.. salah kan orang tu salah kan orang nie.. oopss!! terasa ke? mintak maaf lah..tak mention nama pun kan? so, xpyah nak terasa sangat lah.. bukan entry nie khusus untuk KAU seorang je.. :) stay calm oke! :D


ohh lupa.. lagi satu fini jumpa jugak orang yang layak dipanggil konon2 KAWAN nie kan..yang tak penat penat menjaja masalah dia dekat orang lain..cerita kat orang tu, cerita kat orang nie..haihh.. cik kak,cik adik,cik abang..dan semua cik2 lah kan..awak semua ada TUHAN kan..pergilah bercerita dekat TUHAN.. tak perlu rasanya kalau cerita dekat orang lain, sebab..bila kita cerita hati tengah panas, kadang kadang cerita yang nak disampaikan tu pun boleh ditokok tambah dengan sendirinya..dan terus jadi fitnah dan automatik awak tu dah mengaibkan orang lain.. sebab bila awak dah bercerita beriye iye kat orang lain, pong pang pong pang kan..!! nanti boleh buat orang yang mendengar tu automatik terus bertukar perception dia dekat si pemangsa awak tu (orang yg diceritakan tu) dan awak pula terus tak semena mena dapat dosa! bukan satu..tapi 3 DOSA..ehh kenapa 3?? sebab..pertama, awak dah fitnah orang tu dengan cerita yang telah ditokok tambah, yg kedua awak dah aib kan orang tu..sebab kalau dah bercerita pasal orang lain mestilh nak menang je diri tu kan, so buatkan org mndgr tu dh jadi tanggapaan yang x elok dekat si pemangsa tu, dan yang ketiga..dosa mengutuk! tipulh kalau hati tengah panas bercerita takde bende yg nk dikutuk tu kan...so, fikir2 lah oke..Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain..

iye memang betul kata pepatah pokok takkan bergoyang kalau tiada angin..tapi hidup nie, tak boleh la jugak tertumpu pada khabar angin je kan.. kita tak boleh percaya sumber yang satu tu seratus peratus..kenalah dengar kedua dua belah pihak..baru namanya adil! janganlah kita dah dengar satu berita dari satu pihak tu kita dah cop atau label orang tu JAHAT, TAK BERTIMBANG RASA, TAK BERPERIKEMANUSIAAN, or whatsoever la kan.. salah macam tu.. nak dengar boleh, tapi tak perlu rasanya kita nak terpengaruh dengan satu sumber tu, dan terima bulat bulat apa yang diperkatakan tu.. sebab kita sendiri tak tahu kan pucuk pangkal ceritanya.. hanya pihak pertama yang menyebarkan cerita atau dikenali pihak yang tak puas hati dengan pihak kedua je yang tahu cerita sebenar.. so, kita yang lain yang pendengar nie hanya boleh menilai mana yang baik mana yang tidak.. apa yang baik kita boleh ambil dan apa yang tidak kita jangan ambil! simple kan..? sebab tu kita hidup nie tak perlu lah nak ambil tahu sangat pasal orang lain dan tak perlu nak buka aib orang lain..

lagi satu.. mase dekat semester 4 nie pun fini jumpa jugak orang yang digelar KAWAN nie kan.. yang hidup dia susah sangat nak mengucapkan maaf dengan orang lain waima dia sendiri pun banyak buat salah dan silap tapi masih jugak tak nak ucapkan perkataan MAAF.. hmm nie lagi satu spesies nie, fini pun tak tahu lah nak kategori kan dia spesies ape!! tak menjadi kesalahan pun kalau kita banyak kali ucap perkataan MAAF tu.. kita tak kan dipandang rendah ke serong ke or dalam kata lain LOOSER pun!! serious cakap! orang lain tak akan pandang kita macam tu, tapi kalau dah perkataan MAAF pun susah nk cakap,susah nak luah.. hmm.. itulah yang tercetus bibit BODOH SOMBONG tu.. ooppss! awak terasa lagi ke? ololo.. tak mo terasa lah oke.. entry nie umum.. terasa awak punya pasal ok! hmm.. ouh ya! lagi satu fini ada terjumpa jugak KAWAN yang suka memandang rendah dengan orang lain. contohnya, dia rasa kan diri dia tu dah cukup kaya dah cukup anak load lah kononya kan.. sampai kan kalau kawan2 dia yang lain naik bas ke jalan kaki ke dia rasa macam kecik je orang tu..hello awak awak semua yea..kalau mati tak bawak semua harta awak masuk kubur.. tak tanya pun dalam kubur nanti berapa harta awak tu.. so tak perlu nak pandang rendah sangat dekat orang yang kurang berkemampuan..

hmm..tiba tiba terasa terlebih panjang pulak entry nie..ingat nak buat tiga perenggan je.. hikk!! so, moral of story, yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan oke! dan mintak maaf sekali lagi pada sesiapa yang terasa dengan entry nie..awak makan sos kimball awak la rasa pedasnya kan! :) renung renungkan dan selamat beramal :) :D


p/s: bukan main lama aku peram entry nie berhari2 at last, siap jugak akhirnya.. :)

No comments:

Post a Comment