Tuesday, January 24, 2012

muhasabah diri...

assalammualaikum.. jam menunjukkan pukul 4.58 pagi.. tapi entah kenapa mata fini still taknak lelap.. mungkin ada yang bersarang di kepala nie kot.. maybe..hmm.. I don't want to talk about what is bothering me, just forget it! oke.. actually fini ada terbaca satu blog nie.. tibatiba buat fini tersedar dan muhasabah diri kejap! oke.. nie hasil dari fini copy paste dr salah sebuah blog tersebut..

1. Yang Singkat Itu “WAKTU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Mensia-siakannya?

2. Yang Menipu Itu “DUNIA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Sukakannya?

3. Yang Dekat Itu “KEMATIAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Buat Persiapan Untuk Menghadapinya?

4. Yang Besar Itu “HAWA NAFSU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Mengawalnya?

5. Yang Berat Itu “AMANAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Berebut-rebut Mahu Memikulnya?


6. Yang Sulit Itu “IKHLAS”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Cuba Mendapatkannya?

7. Yang Mudah Itu “BERBUAT DOSA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Menghindarinya?

8. Yang Susah Itu “SABAR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Merasai Kepentingan Dan Bermujahadah Dalam Menahan Perasaan?

9. Yang Sering Lupa Itu “BERSYUKUR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Lagi Yang Kufur?

10. Yang Membakar Amal Itu “GHIBAH” (MENGUMPAT)…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Menjadikannya Hobi, Mengumpat Sana Sini?

11. Yang Mendorong Ke Neraka Itu “LIDAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Bermulut Lazer, Bercakap Bohong Dan Berkata Dusta? Atau asyik Nak Mengata Orang Saja?

12. Yang Berharga Itu “IMAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Memantapkannya?

13. Yang Menenteramkan Hati Itu “TEMAN SEJATI”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Suka Cari Musuh Dari Cari Teman Sejati?

14. Yang Ditunggu Allah SWT Itu “TAUBAT” hambaNya…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Sedar Diri…Berasa Dirinya Sudah Cukup Baik?

hmm..see! sangat menusuk kalbu ryte..? hmm..list yang kat atas nie just nak share sahaja.. sebab fini tahu diri nie bukan lah sesempurna mana pun kan.. tapi fini cuma boleh katakan dalam diri fini nie I'm not perfect, I never tried to be. I've made mistakes. I've taken the easy way out. I've hurt people. I've said things that I didn't mean. I'm no better than anyone, anywhere. I'm human. I have faults, and I'm not afraid to admit that. I will always make mistakes. I want to change. and I hope I will change it..! please pray for me.. hurm..

No comments:

Post a Comment