Wednesday, August 15, 2012

surat untuk bekas sahabat..

Dear N.A.M ..

hmm.. memang dulu kita pernah berkawan bersama, bergelak ketawa bersama, bergurau senda bersama, keluar bersama, makan bersama,kongsi masalah bersama..segalanya bersama..
boleh dikatakan macam adik beradik dah..di mana ada aku, di situ ada kau..dan di mana ada kau di situ jugak la ada aku.. tapi itu semua D U L U..!! bukan S E K A R A N G..!

yea..aku tahu dulu kita nak sangat masuk universiti sama sama..dan sekarang memang kita satu universiti..cuma berbeza, kau kos lain dan aku kos lain..kau duduk kolej lain, aku duduk kolej lain..
dan kita tak macam dulu dah.. ini semua dengan kesilapan masing masing dan pentingkan ego sendiri.. aku tak nak ingat apa yang kau cakap dekat aku semua.. aku cuba untuk lupakan semua tu..

aku tahu kau tahu blog aku dan aku harap sangat kau baca blog aku nie..memang khas untuk kau..
untuk memaafkan diri kau atas perbuatan, percakapan dan tingkah laku kau dekat aku dulu tu, insyaallah..aku boleh memaafkan.. siapalah aku untuk tidak menerima maaf dari seorang manusia macam kau, aku bukan tuhan untuk menghukum orang sesuka hati.. ikhlas aku cakap, aku boleh memaniskan muka aku nie bila jumpa dengan kau..tapi untuk kembali menjadi sahabat kau..aku mintak maaf..mintak maaf sangat sangat dari hujung rambut sampai hujung kaki..memang tak boleh! bukan niat untuk memutuskan tali persahabatan kita..tapi aku dah serik berkawan dengan kau.. 

aku tak pasti kalau aku kawan dengan kau semula hati aku akan ikhlas.. kalau hati aku tak ikhlas aku takut aku akan cakap belakang, erti kata lain mengutuk kau! cukuplah.. biar lah kau dengan hala tuju kau, aku dengan hala tuju aku.. anggap je kita tak pernah kenal.. untuk apa kita berkawan kalau dulu masing masing pernah terluka dengan kata kata yang dilemparkan? yea..memang memberi maaf itu senang bagi aku, tapi kau tahu luka tu takkan pernah sembuh! parut dia masih ada..dan setiap butir yang kau ucap dari mulut kau tu aku ingat! satu per satu..! mintak maaf sangat sangat...aku tolak permintaan kau untuk jadi kawan aku semula.. aku harap kau faham..

yang ikhlas,
finiey abas.. =)

:: Allah menguji keimanan kita kerana Dia lebih tahu tahap iman kita. krn Dia berhak tahu apa REAKSI kita dengan ujian-Nya itu. lulus atau tidak





1 comment: